*OBJEKTIF PDRM*
1. Memelihara undang-undang & ketenteraman awam.
2. Mengekalkan keamanan & keselamatan.
3. Mencegah & mengesan jenayah.
4. Menangkap & mendakwa pesalah.
5. Mengumpul risikan keselamatan.
*PENUGASAN UNIT MPV*
Cawangan kereta peronda (MPV) PDRM merupakan salah satu elemen penting dalam PDRM. Ia bertindak sebagai first responder dalam mengendalikan segala insiden yang dilaporkan. Unit ini juga menjadi pengerak utama dalam tugas pencegahan jenayah, terutamanya dalam konteks police omni-presence. Secara amnya unit ini adalah front liner PDRM yang benar-benar boleh memberi perkhidmatan pantas dan berkesan kepada masyarakat, sekaligus dapat menyakinkan masyarakat terhadap kewibawaan PDRM.